its 3 a.m, and im still here. bila ingat balik it seems like before married. selalu update blog pagi2 buta. blog yg paling memahami. blog yg tak pernah menghukum. feel better lepas update blog. susah nya kehidupan nie. nak memahami dan d fahami. mungkin lebih elok ianya tersimpan dalam hati. tak perlu meluah. walau mcm mana hati sakit sekalipon, cuba bertahan. knpa dalam hdup sy dari dulu smpai skrg hanya bertahan ? dan setiap kali berharap utk merubah suatu perkara, harapan tuu hancur dan org sekeliling tak sedikit pon memahami. lagi aku yg perlu undur dan rendahkan ego demi sebuah bahagia. kdg aku tak faham, cukup tak faham knpa aku d uji sebegini. sebab aku rasa aku tak kuat. ye, kalau aku kuat kenapa tiap kali ianya berlaku aku menangis, menangis itu tanda kuatkah ? tak siapa memahami yg aku tiada tempat meluah rasa ketidakpuasan hati nie. bila aku mula bersuara utk cuba beritahu sedikit kecilnya hati nie, tetap aku lagi yg salah. seolah olah kecil hati aku sendiri berlaku sebab 'aku' . kalau lah kehidupan itu kita boleh lakarkan sendiri dan padam bila ada sedikit cela dalam lakaran tu, pasti duka takkan pernah ada. aku tahu ini ujian allah. tapi aku masih tak tahu apa hikmah d sebalik semua ini.
_miss indulgent_
Friday, February 15, 2013
mungkin kerana aku sering melupakanMU
Adakalanya….
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti
Begitulah hidup…
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya….
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna…
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~
kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya’
(Al-Baqarah:284)
“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah 5-6)
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti
Begitulah hidup…
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya….
Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna…
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya
Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~
kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya
‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya’
(Al-Baqarah:284)
“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah 5-6)
Subscribe to:
Comments (Atom)
