_miss indulgent_

_miss indulgent_
neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa neysa

Saturday, August 11, 2012

CERITA KEHIDUPAN..

bila kita mencuba dan mencuba namun masih tidak faham tentang sesuatu perkara, kembali pada yang satu.. berdoa dan terus berdoa kerana hanya dia yang mengetahui segalanya.. hidup di dunia ini ibarat satu lakonan.. kita sebagai pelakonnya.. watak telah di beri dan di cipta.. hanya tinggal kita untuk melakonkan watak itu sebaik mungkin.. ye.. macam cerita drama sinetron indonesia mahupun cerekerama tv.. watak jahat dan baik di reka untuk mewarnakan cerita.. itulah hidup, watak baik seumpama kebahagiaan dan kesenangaan atas dunia ini, sebaliknya watak jahat ibarat duka dan cabaran dalam hidup.. realitinya, hidup kita.. hanya kita yang mengetahui ceritanya..


tak perlu bersedih jika duka itu datang, dan jangan terlalu gembira jika bahagia itu tiba.. kerana semuanya tak kekal.. tidakkah semua ini mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam kehidupan.. ??
tak semua yang kita impikan akan kita perolehi.. kadang apa yang kita impikan bukanlah yang terbaik untuk diri kita,. bersyukurlah, kita masih bernafas dan masih sempat merasa pengalaman dalam kehidupan walau ia tak seindah impian yang kita lakarkan.. ALLAH itu maha adil dan mengasihi hambanya.. segalanya telah di tentukan.. jalani hidup tanpa aturan, sebaliknya.. laluinya dengan takdir yang telah di lukiskan.. setiap hamba ada takdir nya.. aku bersyukur dengan takdir hidup ini.. TERIMA KASIH YA ALLAH..


No comments:

Post a Comment

Followers

hanya kamu ...